Sunday, July 20, 2008

Kehilangan Permata Berharga


Negara telah kehilangan seorang ahli fikir Pembangunan Bola Sepak Negara yang telah banyak menyumbangkan tenaga serta buah fikiran dalam membangunkan bola sepak negeri Kedah khususnya serta negara secara Amnya. Beliau yang dimaksudkan ialah Allahyarham Datuk Ahmad Basri Akil, 68, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), dipercayai mengalami serangan jantung kira-kira 2.30 petang di Istana Anak Bukit pada 15 Julai 2008.

Beliau telah memulakan langkah pertama dengan membangun projek 2000 (Akademi bola sepak negeri) yang bermula di negeri kedah Darulaman pada hujuang tahun 1990an yang mana beliau sendiri telah turun padang keseluruh pelusuk negeri kedah untuk mencari pemain-pemain muda untuk diletakkan dibawah pengurusan dan pengawasan persatuan bola sepak Negeri kedah sebagai satu program pembangunan bola sepak negeri. Kita dapat lihat disini, dalam tempoh lebih kurang 10 tahun pemain-pemain yang dipilih pada awalnya hanyalah seorang budak kampung telah menjadi seorang pemain bola sepak negeri kedah yang telah mewakili negeri kedah pada peringkat umur bawah 12 tahun, 14 tahun, 16 tahun, 18 tahun sehinggalah mewakili negeri kedah dalam pertandingan piala Malaysia mahupun Malaysia. Program pembangunan ini telah membuka mata banyak pihak sehinggakan program akademi bola sepak telah ditubuhkan di seluruh negara.

Beliau juga seorang yang peramah serta senang untuk didampingi. Contohnya Pada tahun 1992, beliau adalah presiden bola sepak negeri Kedah tetapi komitmen yang diberikan oleh beliau amatlah luar biasa apabila beliau sempat meluangkan masa beliau bersama-sama pemain bawah umur 14 tahun yang sedang menjalani latihan bagi kejohanan Bola Sepak Milo bawah 14 tahun di Kelantan. Ini dapat dilihat oleh saya sendiri kerana saya adalah pemain bola sepak bawah 14 tahun negeri kedah pada waktu itu. Komitmen serta semangat yang ditunjukkan oleh beliau sedikit sebanyak memberi kekuatan, memberi semangat serta motivasi kepada kami sebagai pemain.

Oleh yang demikian, saya dapat simpulkan bahawa negara telah kehilangan permata yang cukup berharga dalam merencanakan agenda Bola Sepak Negara. semoga Allahyarham Datuk Ahmad Basri Akil akan ditempatkan dengan orang-orang yang beriman. InsyaAllah.

"JASAMU AKAN DIKENANG"


~BIAR JASA JADI KENANGAN~ K_real


Basri Akil meninggal dunia

15/07/2008 4:10pm

ALOR STAR 15 Julai – Bekas Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Ahmad Basri Akil, 68, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Star hari ini.

Beliau dipercayai mengalami serangan jantung kira-kira 2.30 petang di Istana Anak Bukit ketika mahu menghadiri majlis pelancaran setem kenang-kenangan sempena sambutan Jubli Emas Pemerintahan Sultan Kedah.

– Utusan.


Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Seruling dimain anak gembala,
melepaskan penat sesudah bekerja,
Ucapan terima kasih kepada semua,
Selamat Datang ke waristahta,

About Me

My photo
Setiap individu mempunyai kekuatan dan tenaga dalaman yang dapat membantu meningkatkan kecemerlangan dalam apa jua bidang yang diceburi. Telah disebut didalam Al-Quran seperti tafsiran dibawah: “(Balasan) yang demikian itu, ialah kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha mendengar, lagi Maha Mengetahui”. (Al-Anfaal, 8;53)