Sunday, June 7, 2009

Eksplorasi Taman Negara

Tanggal 3 Jun 2009 satu eksplorasi Taman Negara telah dianjurkan oleh Kelab Rekreasi Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute yang mana telah disertai oleh seramai 69 orang pelajar dari UniKL BMI dan UniKL MSI dan empat (4) orang pegawai.










Eksplorasi ini bermula pada 3 Jun 2009 apabila semua peserta telah memulakan perjalanan menaiki bas ke Jeti Kuala Tembeling, Jerantut, pahang kira-kira jam 11.30 malam dan tiba pada jam 3.30 pagi disebuah masjid di Jerantut. Semua peserta berkumpul sehingga subuh. Setelah selesai menunaikan Solat Subuh, semua peserta telah dibawa ke Pekan Jerantut untuk mengambil sarapan sebelum ke Kuala Tembeling.



Setelah tiba dikuala Tembeling, peserta telah dikumpulkan dan dipecahkan kepada kumpulan masing-masing. Sambil menunggu Bot untuk ke Taman Negara, pelbagai aktiviti telah dijalankan. Jam telah menunjukkan jam 11.00 pagi, bot untuk membawa peserta ke Taman Negara telah bersedia untuk bertolak. Semua peserta telah menaiki bot yang disediakan dan bersedia untuk memulakan perjalanan.


Perjalanan dari Jeti Kuala Tembeling ke Taman Negara telah mengambil masa lebih kurang tiga (3) jam. Sepanjang perjalanan semua peserta telah dihidangkan dengan pemandangan flora dan fauna yang memukau. Peserta juga telah berpeluang melihat aktiviti-aktiviti harian penduduk disitu terutamanya orang asli. Peserta juga dapat melihat beberapa kumpulan anak orang asli mandi-manda di kawasan sungai tesebut.

Setelah tiba di Taman Negara, peserta telah diberikan tangungjawab masing-masing, memasang khemah, memasak, dan lain-lain lagi. Kesempatan yang ada setelah selesai tugasan yang diberikan peserta mengambil peluang untuk menghilangkan penat dengan mandi di sungai. Disebelah malamnya pula, peserta telah dibawa menikmati keindahan flora dan fauna disekitar Taman Negara Night Walk.
Keesokkan hari, peserta telah mengikuti jungle tracking ke bukit terisik melihat pemandangan yang sangat indah, mengalami sendiri menaiki kenopi walkway yang telah dibina di taman negara. disebelah petang peserta telah mengada program khidmat masyarakat bersama orang kampung dan membersih masjid. Disebelah malam, peserta diminta untuk menganjurkan malam persembahan yang mana semua kumpulan dikehendaki membuat persembahan.

Hari terakhir peserta telah dibawa kekampung orang asli kaum Bateq. Peserta berpeluang mempelajari memasang api mengunakan bahan semulajadi dan berpeluang mempelajari sumpit. kemudian peserta dibawa melihat kehidupan sebenar orang asli disitu. Dalam perjalanan pulang peserta berkesempatan untuk bermain Rapid Shooting. Setelah sampai di Tapak Kem, peserta bersiap untukpulang ke Kampus UniKL BMI. Jam 3 Petang peserta telah bertolak pulang ke UniKL BMI.













Tuesday, May 26, 2009

Perkhemahan Kokurikulum UniKL MSI




Pada tanggal 17hb April 2009 , Unit Sukan Dan Kokurikulum UniKL MSI dengan Kerjasama Seksyen Pengajian Umum telah mengadakan satu Program "Perkhemahan Kokurikulum bagi pelajar Kokurikulum Modul 2 yang telah diadakan di Kem Rapid Fire Sg, Sedim Kulim dengan penglibatan kira-kira seramai 130 orang pelajar dari pelbagai kursus. Perkhemahan ini telah dijalankan selama 3 hari 2 malam serta diiringi oleh Koordinator Kokurikulum dan 4 orang Jurulatih serta krew-krew dari Rapid Fire.



Sepanjang 3 hari 2 malam pelajar-pelajar UniKL MSI telah diberi tugasan serta dilatih oleh semua fasilitator terlibat dari segi latihan menyelamat, water confidence, survivor, mini explorace dan pelbagai aktiviti menarik lain. Apa yang menarik pelajar-pelajar ini telah diajar untuk memasak makan tengahhari mereka mengunakan buluh. Dengan aktiviti seperti ini mereka perlu memberi kerjasama dan komitmen yang tinggi dalam tugasan yang diberikan. Dapat dilihat tahap disiplin pelajar juga amat baik dari mulanya perkhemahan ini sehinggalah ke hari akhir perkhemahan.





Dalam kesibukan pelajar-pelajar UniKL MSI ini dengan tugasan yang diberikan oleh fasilitator, mereka juga sempat untuk merasai pengalaman menaiki Rafting dan juga Tubing di Sg, Sedim, Kulim yang juga dinamakan sebagai tempat Arus Deras (Wild Water Rafting). Dimalam akhir perkhemahan kokurikulum ini, mereka menganjurkan malam kebudayaan yang mana semua kumpulan mengadakan persembaha masing-masing.

Semoga aktiviti begini akan menjadi satu tradisi bagi unit Sukan Kokurikulum dalam menerapkan sikap yang terpuji dikalangan pelajar UniKL MSI secara khususnya.

Tuesday, March 24, 2009

Kejohanan Taekwondo "5th UMS Taekwondo Open Championship"



Sekali lagi UniKL MSI mengambil lagi dalam pembangunan Sukan apabila telah menghantar peserta kejohanan Taekwondo "5th UMS Taekwondo Open Championship" bertempat di Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, Sabah.

Kejohanan Taekwondo ini telah dipertandingkan mengikut kategori berat. UniKL MSI telah menghantar 4 orang peserta mengikut kategori peserta kekejohanan tersebut dan 6 Orang peserta dari UniKL BMI bagi mewakili pasukan Taekwondo UniKL pada kejohanan tersebut yang mana kebanyakan Universiti awam telah menyertai kejohanan tersebut sepert UPSI, UiTM, UUM, UIA, OUM dan lain-lain universiti awam termasuklah pasukan taekwondo tuan rumah UMS. Keputusan amat membanggakan apabila hanya dalam tempoh 2 minggu latihan peserta taekwondo UniKL menunjukkan prestasi yang amat baik apabila kesemua peserta telah layak ke suku akhir dan 5 peserta sahaja yang berjaya membawa pulang pingat untuk UniKL. Keputusan adalah seperti dibawah:

Kategori FIN (L): Gangsa - Mohd Faiz Bin Zabri (MSI)
Kategori FIN (L): Gangsa – Mohd Roslan Bin Musa (BMI)
Kategori BANTHAM (L): Gangsa – Mohd Zikri Zaharim (MSI)
Kategori Heavy (L): Gangsa – Muhamad Firdaus Jalil (BMI)
Kategori FIN (W): Emas – Wan Fazliawahida (MSI)

Jadi Pengurusan Pasukan Taekwondo UniKL ingin mengambil kesempatan ini untuk Mengucapkan Jutaan terima kasih kepada Prof Dr Abu Talib Bin Othman, Tn. Hj Bahtiar Bin Hj Kasbi, En. Norisyam Supandi, Dekan UniKL MSI Prof Madya Dr. Rusli B. Othman serta Dekan UniKL BMI Prof Madya Dr. Abdul Halim Ali serta barisan pengurusan termasuk dengan unit kewangan Canseleri, UniKl MSI dan UniKL BMI kerana telah memberi sokongan dan dorongan dari pelbagai segi sehinggakan Kontinjen UniKL menunjukkan prestasi yang diluar jangkaan.

Untuk makluman semua, pasukan Taekwondo UniKL akan menyertai beberapa siri kejohanan lain termasuklah Kejohanan Taekwondo Sirkit MASUM ( Majlis Sukan Universiti Malaysia) pada bulan Mei 2009 di UUM. Semoga dengan beberapa siri kejohanan yang bakal disertai oleh Pasukan Taekwondo UniKL ini dapat memberi persediaan mental dan fizikal sebelum menyertai kejohanan MASUM di UUM, Sintok nanti. Dan diharap pasukan ini dapat menjadi Juara keseluruhan pada kejohanan MASUM nanti, InsyaAllah

Semoga dengan apa yang dirancangkan dapat diteruskan oleh unit sukan UniKL MSI dan UniKL BMI mahupun kampus UniKL yang lain dalam pembangunan Sukan UniKL. InsyaAllah.






Sunday, March 1, 2009

Taekwondo UniKL MSI Menambah Koleksi Emas



Tanggal 28 Febuari hingga 1 Mac 2009 Pasukan Taekwondo UniKL MSI telah menyertai Kejohanan Taekwondo Jemputan Kebangsaan yang dianjurkan di Ruang Legar Utama Universiti Teknologi MARA, Permatang Pauh, Pulau Pinang. Kejohanan ini telah disertai oleh kira-kira 350 peserta dari seluruh perusuk negara seperti Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI), Politeknik-politeknik di Malaysia, Pihak Tuan Rumah sendiri dan lain-lain lagi.



Pasukan UniKL MSI telah membariskan peserta baru dan peserta lama dalam skuad Taekwondo UniKL MSI pada kejohanan kali ini " kejohanan Taekwondo Pertama tahun 2009" mereka terdiri dari Mohd Zikri Bin Zaharim, Mohd Amin, Mohd Dazrul Azri Zual Hasnan, Ahmad Izhan, dan yang lain-lain termasuklah penampilan sulung Wan Fazliawahida Bt Wan Yusoff yang baru sahaja mendaftarkan diri di semester satu UniKL MSI pada sesi Jan 2009.

Kemana sahaja Pasukan Taekwondo UniKL Malaysian Spanish Institute menyertai kejohanan Taekwondo, sudah pasti pasukan taekwondo ini membawa pulang pingat. Pasukan ini tidak henti-henti memberikan yang terbaik untuk menaikkan nama UniKL secara AMnya dan UniKL MSI secara Khususnya. Pada Kejohanan kali ini juga tidak kurang hebatnya apabila pasukan Taekwondo UniKL MSI berjaya menggondol satu (1) pingat Emas, satu (1) Pingat Perak Dan dua (2) pingat Gangsa melalui Wan Fazliawahida Bt Wan Yusaff (emas Individu Sparring), Mohd Zikri Zaharim (perak Individu Sparring) dan Mohd Amin (Gangsa Individu Sparring) dan Mohd Zikri Zaharim (Gangsa Berpasukan Sparring) .

Pasukan Taekwondo UniKL MSI juga menjadikan kejohanan diUiTM ini sebagai persediaan pasukan Taekwondo UniKL MSI sebelum ke kejohanan Taekwondo WTF terbuka kebangsaan di Universiti Malaysia Sabah pada 20 hingga 22 Mac 2009.


Terima kasih kepada Dekan UniKL MSI Prof Madya Dr. Rusli Bin Othman, En. Mohd Azlan Bin Ismail (Eksekutif Kanan JHEMs) dan Unit Pembangunan Dan Aktiviti Mahasiswa (JHEMs) serta pihak kewangan yang sentiasa memberi sokongan dari segi kewangan dan semua pihak yang sentiasa memberi sokongan kepada pasukan Taekwondo UniKL MSI selama ini.

Saturday, February 28, 2009

Kilauan Emas Di Kejohanan Frisbee Jemputan UiTM Merbok, Kedah

Tanggal 28 Febuari 2009, Universiti Kuala Lumpur Malaysian Spanish Institute membuka lebaran sejarah apabila Pasukan Frisbee UniKL MSI B telah membuat kejutan apabila berjaya merangkul pingat emas kejohanan frisbee yang telah dianjurkan oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kedah pada 28 Febuari 2009 bertempat di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kedah.

Pasukan UniKL MSI telah mneghantar dua (2) pasukan dalam memberi cabaran kepada pasukan-pasukan yang telah lama yang akan menyertai kejohanan tersebut. tambahan pula pasukan yang menyertai kejohanan ini adalah pasukan yang telah lama memeprkenalkan sukan frisbee kepada pelajar. Pasukan uniKL MSI yang baru sahaja diperkenalkan sukan Frisbee ini telah memberi saingan yang hebat kepada pasukan lain dari awal kejohanan. Cuma malangnya pasukan UniKL A sahaja nasib tidak menyebelahi mereka apabila tewas. Sistem yang digunakan dalam pertandingan ini adalah sistem "Round Robin"pada pusingan pertama dan pusingan kedua adalah sistem "double knockout". Ia memberi peluang kepada semua pasukan yang tewas dapat bermain sama banyak dengan pasukan lain.

Oleh yang demikian, dengan kemenangan sukan frisbee ini diharap agar ia akan menjadi contoh kepada sukan-sukan yang lain di UniKLMSI untuk turut sama meraih pingat Emas dalam Menaikkan Nama UniKL MSI setaraf dengan IPTA/ IPTS yang lain. InsyaAllah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Seruling dimain anak gembala,
melepaskan penat sesudah bekerja,
Ucapan terima kasih kepada semua,
Selamat Datang ke waristahta,

About Me

My photo
Setiap individu mempunyai kekuatan dan tenaga dalaman yang dapat membantu meningkatkan kecemerlangan dalam apa jua bidang yang diceburi. Telah disebut didalam Al-Quran seperti tafsiran dibawah: “(Balasan) yang demikian itu, ialah kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha mendengar, lagi Maha Mengetahui”. (Al-Anfaal, 8;53)