Sunday, March 1, 2009

Taekwondo UniKL MSI Menambah Koleksi Emas



Tanggal 28 Febuari hingga 1 Mac 2009 Pasukan Taekwondo UniKL MSI telah menyertai Kejohanan Taekwondo Jemputan Kebangsaan yang dianjurkan di Ruang Legar Utama Universiti Teknologi MARA, Permatang Pauh, Pulau Pinang. Kejohanan ini telah disertai oleh kira-kira 350 peserta dari seluruh perusuk negara seperti Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI), Politeknik-politeknik di Malaysia, Pihak Tuan Rumah sendiri dan lain-lain lagi.



Pasukan UniKL MSI telah membariskan peserta baru dan peserta lama dalam skuad Taekwondo UniKL MSI pada kejohanan kali ini " kejohanan Taekwondo Pertama tahun 2009" mereka terdiri dari Mohd Zikri Bin Zaharim, Mohd Amin, Mohd Dazrul Azri Zual Hasnan, Ahmad Izhan, dan yang lain-lain termasuklah penampilan sulung Wan Fazliawahida Bt Wan Yusoff yang baru sahaja mendaftarkan diri di semester satu UniKL MSI pada sesi Jan 2009.

Kemana sahaja Pasukan Taekwondo UniKL Malaysian Spanish Institute menyertai kejohanan Taekwondo, sudah pasti pasukan taekwondo ini membawa pulang pingat. Pasukan ini tidak henti-henti memberikan yang terbaik untuk menaikkan nama UniKL secara AMnya dan UniKL MSI secara Khususnya. Pada Kejohanan kali ini juga tidak kurang hebatnya apabila pasukan Taekwondo UniKL MSI berjaya menggondol satu (1) pingat Emas, satu (1) Pingat Perak Dan dua (2) pingat Gangsa melalui Wan Fazliawahida Bt Wan Yusaff (emas Individu Sparring), Mohd Zikri Zaharim (perak Individu Sparring) dan Mohd Amin (Gangsa Individu Sparring) dan Mohd Zikri Zaharim (Gangsa Berpasukan Sparring) .

Pasukan Taekwondo UniKL MSI juga menjadikan kejohanan diUiTM ini sebagai persediaan pasukan Taekwondo UniKL MSI sebelum ke kejohanan Taekwondo WTF terbuka kebangsaan di Universiti Malaysia Sabah pada 20 hingga 22 Mac 2009.


Terima kasih kepada Dekan UniKL MSI Prof Madya Dr. Rusli Bin Othman, En. Mohd Azlan Bin Ismail (Eksekutif Kanan JHEMs) dan Unit Pembangunan Dan Aktiviti Mahasiswa (JHEMs) serta pihak kewangan yang sentiasa memberi sokongan dari segi kewangan dan semua pihak yang sentiasa memberi sokongan kepada pasukan Taekwondo UniKL MSI selama ini.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Seruling dimain anak gembala,
melepaskan penat sesudah bekerja,
Ucapan terima kasih kepada semua,
Selamat Datang ke waristahta,

About Me

My photo
Setiap individu mempunyai kekuatan dan tenaga dalaman yang dapat membantu meningkatkan kecemerlangan dalam apa jua bidang yang diceburi. Telah disebut didalam Al-Quran seperti tafsiran dibawah: “(Balasan) yang demikian itu, ialah kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha mendengar, lagi Maha Mengetahui”. (Al-Anfaal, 8;53)