Monday, August 4, 2008

KEMANAKAH HILANGNYA PEMAIN MUDA NEGARA

Salam semua,

"Kemanakah Hilangnya Pemain Muda Negara?" Persoalan ini cuba ingin dibincangkan pada blog kali ini. Kita dapat lihat dimana, skuad bola sepak bawah umur negara telah memberikan satu harapan kepada bola sepak negara. Ini telah dibuktikan dari dahulu lagi, yang mana skuad Bola Sepak bawah umur negara selalunya dapat memberi saingan kepada pasukan-pasukan asean mahupun antarabangsa sehingga membuka mata banyak pihak. Tetapi kemanakah mereka ini selepas tamat era persekolahan?

Bukankah mereka ini telah mengharumkan nama negara di arena antarabangsa. Kita dapat lihat apabila tamatnya era persekolahan, mereka ini seperti telah dibiar tanpa arah tuju sehingga pemain-pemain yang dahulunya sangat hebat telah terjerumus kekancah yang negatif seperti lumba Haram, najis Dadah dan sebagainya. Ada juga yang telah melanjutkan pelajaran keperingkat yang lebih tinggi. Semua ini, kita dapat lihat di semua negeri diMalaysia. Pada suatu masa dahulu, mereka telah ditempatkan di akademik bola sepak negeri masing-masing yang mana pemain-pemain ini diberi pelajaran serta latihan yang mencukupi bagi membantu pemain-pemain ini berjaya dimasa hadapan khususnya bidang bola sepak.

Oleh yang demikian, saya berpendapat bahawa Persatuan Bola Sepak Malaysia sepatutnya memberi perhatian terhadap isu pemain muda apabila wang yang telah dibelanjakan kepada semua akademik diseluruh negara boleh dikatakan membazir tanpa output yang diharapkan. Sehingga kita dapat melihat kesan dari kegagalan pengurusan pemain muda.

Sekian...



Skuad B-13 perlu singkir Indonesia untuk ke final

Daripada Alias Abd Rani di Danang, Vietnam
lias@hmetro.com.my

SKUAD negara perlu hadapi satu lagi halangan untuk mara ke final dengan menundukkan Indonesia pada pertemuan terakhir Kumpulan B selepas menang tipis 1-0 ke atas tuan rumah, Vietnam (Phu Yen) pada perlawanan pembukaan Kejohanan Bolasepak Bawah 13 Tahun Yamaha Piala Asean 2008 di Stadium Chi Lang, semalam.

Kemenangan itu sekali gus membuka langkah kanan buat skuad negara untuk merangkul kejuaraan edisi pertama namun jurulatih, Mohamed Razali Alias tetap mahu skuadnya tidak terlalu ghairah dengan kejayaan itu.

“Kami banyak peluang tapi tiada penyudahnya. Justeru, kami akan memanfaatkan tempoh yang ada untuk memperbaiki kelemahan kerana Indonesia bukan pasukan mudah untuk ditewaskan.

“Kita tidak tahu corak permainan Indonesia jadi, pada pertemuan hari ini kami mungkin akan menumpukan kepada aksi bertahan,” katanya.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Seruling dimain anak gembala,
melepaskan penat sesudah bekerja,
Ucapan terima kasih kepada semua,
Selamat Datang ke waristahta,

About Me

My photo
Setiap individu mempunyai kekuatan dan tenaga dalaman yang dapat membantu meningkatkan kecemerlangan dalam apa jua bidang yang diceburi. Telah disebut didalam Al-Quran seperti tafsiran dibawah: “(Balasan) yang demikian itu, ialah kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha mendengar, lagi Maha Mengetahui”. (Al-Anfaal, 8;53)