Salam semua,
Kali ini Paduka ingn berbicara pasal atlit pelapis yang menpunyai jurang amat jauh dengan atlit elit. cuba kita fikir sejenak Mengapakah perkara ini berlaku dalam sukan di negara kita?Kalau kita fikirkan semula, atlit elit kita akan bersara dalam tempoh 8 atau 10 tahun setelah berkhidmat untuk negara, kenapa kita tidak selitkan atlit remaja kita dalam skuag kebangsaan supaya jurang atlit remaja kita tidak begitu berbeza dengan atlit elit kita. Pada pandangan paduka atlit remaja kita juga mampu menggalas cabaran negara seperti atlit muda berbasikal negara kita ke Olimpik yang paduka bincangkan tempoh hari. Mengapa kita memberi pendedahan luar kepada atlit muda negara bersama skuad elit negara. Dengan pendedahan ini dapat menyediakan atlit muda negara yang bersedia untuk menggantikan atlit elit negara apabila tiba masanya.
Satu lagi pada pandangan paduka, masalah yang kita hadapi ini disebabkan oleh terdapat campurtangan pihak pengurusan dalam pemilihan pemain. Bagi paduka, setiap pihak buat tugas masing-masing. Contohnya pihak pengurusan buat kerja pengurusan, jurulatih buat kerja jurulatih. Tiada campurtangan pihak luar dapat membantu meningkatkan sesuatu sukan tersebut. Inya Allah.
Oleh yang demikian, jangan adakan jurang antara atlit tersebut. Sekiranya ada peluang bawalh atlit remaja dalam skuad kebangsaan dalam memberi pengalaman serta pengajaran.
Sekian.
K_real
Jurang pemain remaja-senior bimbangkan Rashid
KUALA LUMPUR - Ketua jurulatih skuad remaja kebangsaan, Rashid Sidek berharap lebih ramai pemain skuad Projek 2010-2012 dapat diserap ke dalam pasukan elit kerana bimbang masih wujud jurang ketara antara mereka dan pemain senior.