Thursday, October 2, 2008

Hasrat Pasukan Dari Malaysia Berkubur Dalam AFC

Salam

Bertemu kembali kita pada kali ini dengan tajuk yang menarik minat saya iaitu apabila artikel yang dikeluarkan oleh Harian Metro Kedah, Perak Mangsa polisi terbaru FAM. Apa telah jadi dengan pada bola sepak Malaysia. Apabila kita berfikir secara logik akal kenapa pasukan kita tidak dapat menyaingi pasukan luar? sedangkan mereka bermain 11 orang dan kita juga bermain 11 orang. Ataupun mereka mempunyai pemain import tetapi kita tidak. Adakah itu dijadikan alasan sebab kita gagal.

Pada pandangan saya, Mungkin ada kebaikan dan keburukan apabila FAM membuat keputusan itu, tetapi persatuan negeri mahupun FAM sendiri perlu bersedia untuk menerima impak apaibila pemain import tidak dibenarkan bermain. Ataupun FAM membuat keputusan tanpa mengkaji implikasi yang bakal dihadapi kelak. Sepatutnya FAM perlu membuat kajian menyeluruh dari segi "Pro and Con" keputusan tersebut

Sehubungan dengan itu, Persatuan Bola Sepak Negeri Mahupun negara perlu mencontohi pasukan yang dahulunya pasukan belasahan Negara tetapi lini mereka telah berjaya ke peringkat yang lebih tinggi contohnya Piala Dunia, olimpik dan lain-lain seperti Korea, Jepun dan China. Negara-negara ini telah membuat perubahan secara drastik darisegi Fizikal, mental atau spiritual yang mana mereka sanggup bermati-matian untuk memastikan nama negara mereka berjaya dipentas antarabangsa. Dimana silapnya pasukan kita?, Pemain Kita? ataupun pengurusan kita yang selalunya mementingkan diri sendiri dari peningkatan Bola Sepak Malaysia. Marilah kita fikirkan bersama.

Sekian.




Kedah, Perak mangsa polisi terbaru FAM

Oleh Alias Abd Rani
lias@hmetro.com.my
MASA depan bola sepak tempatan, terutama apabila beraksi di luar negara semakin kabur selepas dua wakil negara, Kedah dan Perak terpaksa berkubur di peringkat suku akhir, baru-baru ini.

Lebih malang lagi mereka bukan saja tewas malah kedua-dua pasukan itu diaibkan dengan jumlah gol yang besar selain menjadi bahan ketawa semua orang.

Saturday, September 27, 2008

Periuk Nasi Pemain Bola Sepak

Salam

Kali ini paduka ingin membicarakan tentang isu Periuk nasi pemain Bola Sepak Malaysia. Seperti mana yang kita semua tahu, di akhir musim persatuan bola sepak negeri akan mula memancing pemain-pemain pilihan mereka untuk mewakili pasukan negeri masing-masing dengan janji-janji yang manis supaya pemain yang mereka inginkan dapat mewakili pasukan meraka musim hadapan. Tetapi kita sering mendengar melalui radio mahupun televisyen yang mana pemain-pemain yang bermain untuk sesuatu negeri tidak dibayar gaji mereka selama 2 bulan, 3 bulan dan ada yang 5 bulan. Bagaimanakan perkara sedemikian boleh berlaku???

Pada pandangan saya, Persatuan negeri sepatutnya telah membuat perancangan perbelanjaan tahunan agar kebajikan pemain-pemain ini tidak terabai dan menyebabkan pemain-pemain ini tiada hati untuk bermain. Persatuan negeri juga perlu fikir yang mereka juga manusia yang mencari rezeki melalui bola sepak. Sekiranya gaji pemain tidak dibayar apa yang mereka ingin makan. Mungkin ada hutang-hutang lain yang perlu dilangsaikan oleh pemain.

Saya juga berpandangan supaya persatuan Bola Sepak Malaysia meminkan perana yang lebih penting dalam menangani masalah pembayaran gaji pemain oleh persatuan bolasepak negeri dan mengambil tindakan yang keras terhadap mana-mana negeri yang gagal dalam menangani masalah gaji pemain mereka. sekian fikir-fikirkanlah bersama

Monday, September 15, 2008

Dimana Skuad Hoki Negara

Salam,

Pada kali ini, paduka ingin membawa semua untuk membincangkan mengenai skuad hoki negara yang telah hilang punca dalam pentas dunia yang mana satu ketika dulu pasukan hoki Malaysia amat digeruni oleh negara-negara asia mahupun dunia. Mengapa boleh berlaku begitu? Adakah skuad negara kita kurang berpengalaman?

Dahulu pasukan hoki kita merupakan pasukan yang digeruni oleh pencabarnya di peringkat antarabangsa yang mana nama-nama seperti Nor Saiful Zaini, Minarwan Nawawi, Azlan, Rodhanizam dan yang lain-lain amat ditakuti pihak lawan dengan keistimewaan yang ada pada mereka. Adakah semua sedar, kita sendiri tidak kenal dengan pemain-pemain hoki negara yang ada sekarang. Apatah lagi membicarakan tentang pemain-pemain dengan rakan-rakan. Kalau dulu kita boleh bercerita tentang kehebatan Nor Saiful Zaini dengan kemahiran Short cornernya. Oklah paduka rasa setakat ini saja perbicaraan pada kali ini.

Semoga kita bertemu lagi diminggu hadapan.

Sekian.

K_real





Hoki perlu bangkit segera



SATU ketika dulu, ketika pasukan bola sepak Malaysia antara yang digeruni di peringkat Asia, skuad hoki negara pula mencipta nama antara yang gagah di dunia.

Mana tidaknya, skuad hoki lelaki kebangsaan pada satu masa dahulu, setanding dengan gergasi sukan itu khususnya Pakistan dan India, dan tidak pernah terlepas ke Sukan Olimpik.

Namun, ranking terbaru Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) menunjukkan satu kemerosotan besar bagi skuad negara yang berada di tangga ke-15 dunia.

Persoalannya, adakah hoki akan mengalami nasib serupa seperti bola sepak?

Sunday, September 7, 2008

Squash Malaysia Buka Mata Dunia

Salam,

Kali ini paduka ingin membicarakan tentang kejayaan Datuk Nicol mempertahan kejuaraan Terbuka Belanda pada tahun ini. Apa yang pasti kejayaan ini membuktikan bahawa atlit Malaysia juga mampu memberi saingan serta memenangi kejohanan yang disertai oleh atlit negara.
Marilah kita berfikir sejenak tentang bagiamana Datuk Nicol boleh memelihara serta menjaga kedudukannya setanding pemain squash dunia yang lain? Apa yang kita lihat beliau tidak terlalu EXPOSE dengan aktiviti yang mampu mengganggu fokus beliau. Beliau hanya menumpukan fokus beliau berkaitan squash dari segi persediaan fizikal dan mental kepada kejohanan-kejohanan yang akan disertai beliau.
Oleh yang demikian, marilah kita fikirkan bersama. sekian

K_real


Nicol juara Terbuka Belanda

KUALA LUMPUR - Datuk Nicol Ann David mempertahankan kejuaraan Terbuka Belanda yang dimenanginya tahun lepas selepas menewaskan Natalie Grinham dari Belanda semalam....

Sunday, August 31, 2008

Elakkan Jurang Antara Pemain Elit dan Remaja

Salam semua,

Kali ini Paduka ingn berbicara pasal atlit pelapis yang menpunyai jurang amat jauh dengan atlit elit. cuba kita fikir sejenak Mengapakah perkara ini berlaku dalam sukan di negara kita?

Kalau kita fikirkan semula, atlit elit kita akan bersara dalam tempoh 8 atau 10 tahun setelah berkhidmat untuk negara, kenapa kita tidak selitkan atlit remaja kita dalam skuag kebangsaan supaya jurang atlit remaja kita tidak begitu berbeza dengan atlit elit kita. Pada pandangan paduka atlit remaja kita juga mampu menggalas cabaran negara seperti atlit muda berbasikal negara kita ke Olimpik yang paduka bincangkan tempoh hari. Mengapa kita memberi pendedahan luar kepada atlit muda negara bersama skuad elit negara. Dengan pendedahan ini dapat menyediakan atlit muda negara yang bersedia untuk menggantikan atlit elit negara apabila tiba masanya.

Satu lagi pada pandangan paduka, masalah yang kita hadapi ini disebabkan oleh terdapat campurtangan pihak pengurusan dalam pemilihan pemain. Bagi paduka, setiap pihak buat tugas masing-masing. Contohnya pihak pengurusan buat kerja pengurusan, jurulatih buat kerja jurulatih. Tiada campurtangan pihak luar dapat membantu meningkatkan sesuatu sukan tersebut. Inya Allah.

Oleh yang demikian, jangan adakan jurang antara atlit tersebut. Sekiranya ada peluang bawalh atlit remaja dalam skuad kebangsaan dalam memberi pengalaman serta pengajaran.

Sekian.

K_real

Jurang pemain remaja-senior bimbangkan Rashid


KUALA LUMPUR - Ketua jurulatih skuad remaja kebangsaan, Rashid Sidek berharap lebih ramai pemain skuad Projek 2010-2012 dapat diserap ke dalam pasukan elit kerana bimbang masih wujud jurang ketara antara mereka dan pemain senior.


Tuesday, August 26, 2008

Awang Tempatan Jadi Taruhan

Salam,

Kali ini paduka ingin berbicara tentang keputusan FAM untuk tidak menggunakan pemain import dalam liga Malaysia. Pada pandangan paduka, Negara kita mempunyai ramai berbakat yang boleh diketengahkan dalam usaha memartabatkan sukan nombor 1 negara ini. Seperti yang telah dibincangkan dulu oleh saya tentang kemanakah pemain muda negara, cuma yang penting FAM dan Persatuan Bola sepak negeri perlu menjalankan sesi pemilihan pemain bola sepak secara telus tanpa ada sifat pilih kasih. FAM dan persatuan bola sepak negeri juga perlu membuat satu perancangan untuk pemain muda berbakat yang telah tamat persekolahan diletakkan dibawah satu pengurusan supaya mereka ini dapat mewakili pasukan negeri atau negara apabila tiba masanya. FAM dan persatuan negeri juga perlu mneggunakan sumber pendapatan yang telah diberikan oleh kerajaan dengan baik untuk pembangunan bola sepak tanahair. Pendedahan luar juga amat penting dalam menyediakan pemain-pemain bola sepak negara bagi menghadapi kejohanan-kejohanan antarabangsa dimasa hadapan. Yang paling penting adalah pemain-pemain kita sendiri perlu mendisiplinkan diri mereka serta mengambil seberapa banyak pengalaman yang telah disediakan oleh persatuan bola sepak negeri dan FAM dan berkhidmat untuk negara.

Walaupun keputusan yang telah dibuat oleh FAM akan memberi satu impak yang besar namun paduka percaya dengan kebolehan pemain tempatan dalam menghadapi kejohanan-kejohanan dalam negeri dan juga antarabangsa. InsyaAllah

K_real

Azraai pasrah tanpa trio import

Oleh Alias Abd Rani
lias@hmetro.com.my

AKUR dengan keputusan Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) untuk tidak menggunakan khidmat pemain import memberi satu tamparan buat dua wakil negara menjelang suku akhir Piala AFC 2008, bulan depan.

Monday, August 18, 2008

"Kekalahan Bermaruah"

Salam semua,

Kali ini paduka ingin memberi komen tentang kekalahan pelumba basikal negara di kejohanan Olimpik baru-baru ini boleh dikatakan kekalahan bermaruah apabila memberi saingan sengit kepada juara Dunia. Sepanjang kejohanan olimpik pelumba negara itu sentiasa memberikan yang terbaik bagi menaikkan nama negara. Mungkin disebabkan oleh faktor umur dan juga pengalaman membezakan kedua-dua pelumba. Tetapi apa yang dapat kita lihat ialah semangat juang dan disiplin yang tinggi ditunjukkan oleh pelumba ini sepanjang kejohanan sehingga mampu memberikan saingan kepada juara dunia sebelum tewas kepadanya.

Ini merupakan satu perkembangan sihat kemajuan sukan ditanah air yang mana negara kita mampu melahirkan jagoan seperti negara-negara lain. Ini telah dibuktikan oleh pelumba berbasikal nagara di Olimpik. Sehubungan dengan itu, negara kita perlu mempertingkatkan lagi latihan secara menyeluruh kepada semua atlit termasuklah mental, fizikal, pemakanan dan mendisiplinkan atlit negara. Bak kata pepatah melayu "Berpantang maut sebelum Ajal". Pihak pengurusan juga perlu telus dalam pemilihan atlit negara kerana masih terdapat acara sukan yang masih mengamalkan diskriminasi dalam pemilihan atlit.

Oleh yang demikian, perancangan yang teliti serta menilai setiap pencapaian akan memberi gambaran kemampuan atlit negara dimasa hadapan. Teruskan perjuangan menaikkan nama negara dimata Dunia.

Sekian, buat kali ini

K_real

Juara dunia sekat Azizulhasni




HARAPAN untuk melihat pelumba berbakat, Mohd. Azizulhasni Awang melakukan kejutan dalam acara berbasikal trek pecut 200 meter di sini, lebur apabila gagal melayakkan diri ke saingan separuh akhir dalam saingan sengit, semalam.

Azizulhasni yang menjadi satu-satunya wakil berbasikal negara yang tinggal gagal menyaingi pelumba Britain, Chris Hoy dalam saingan suku akhir walaupun dua kali mencuba.

Hoy, juara dunia yang baru bergelar juara Olimpik dalam acara keirin dan pecut berpasukan minggu lalu ternyata bukan lagi tandingan bagi anak muda itu yang sebenarnya disediakan untuk temasya Olimpik London 2012.

Pengurus pasukan, Abu Samah Abd. Wahab berkata, Azizulhasni telah berjaya menunjukkan semangat melawan yang tinggi dan dia kalah kepada pengalaman kepada Hoy dalam saingan, semalam.

''Dia (Azizulhasni) memberikan saingan paling hebat untuk menduduki tempat kelapan terbaik dunia," katanya yang menyifatkan pencapaian pasukan berbasikal trek negara di temasya Beijing merupakan permulaan baik untuk persediaan ke Olimpik London 2012.

Malaysia meraih tempat ketujuh dalam acara pecut berpasukan.

Sementara itu, Abu Samah memberitahu, skuad negara akan pulang ke tanah air selepas ini sebelum menyambung semula latihan di Melbourne, Australia bagi menghadapi Sukan Asia 2010 di Guongzou dan Sukan Komanwel pada tahun yang sama di New Delhi, India.

Katanya, sementara menanti kedua-dua temasya itu, para pelumba negara juga akan menyertai beberapa kejohanan lain termasuk Kejohanan Dunia.

- Utusan

Tuesday, August 12, 2008

Harapan Emas di Tembok Besar China


Salam semua,

Pada kali ini, paduka ingin membicarakan tentang emas di Olimpik. Negara kita telah meletakkan harapan untuk mendapatkan emas melalui acara badminton. Sepatutnya negara kita patut mensasarkan emas melalui acara lain juga yang mana telah layak ke sukan Olimpik ini contohnya memanah, angkat berat dan lain acara. Ini kerana atlit kita juga bertaraf dunia juga kerana layak ke olimpik.

Mari kita lihat negara-negara lain seperti Jepun, Korea dan China selaku tuan rumah Sukan Olimpik. Bagaimana negara-negara ini boleh memberi saingan di Sukan Olimpik serta boleh menyumbangkan pingat emas kepada negara mereka. Negara-negara ini tidak mengharapkan satu atau dua sukan sahaja tetapi menyediakan kontinjen yang mampu menyumbangkan pingat emas kepada negara melalui perancangan dari segi mental, fizikal serta disiplin kepada atlit. Ia seolah-olah berperang untuk menaikkan martabat negara masing-masing. Bertanding mewakili negara ibarat membawa maruah negara.


Sepatutnya negara kita dapat melahirkan atlit bertaraf dunia serta dapat merangkul emas di kejohanan dunia seperti sukan olimpik kerana kemudahan sukan di Malaysia amatlah baik berbanding negara-negara lain. Mungkin pandangan paduka, negara kita perlu menkaji pemakanan atlit yang berjaya serta mengubah cara pemakanan atlit negara. Latihan serta pendedahan di luar serta menerapkan nilai disiplin yang tinggi kepada atlit. Akhir sekali, atlit itu sendiri perlu mempunyai keinginan dan sikap yang positif dalam menyumbangkan pingat emas kepada negara.

Sekian.

K_real



Chong Wei tidak hadapi masalah mara



LEE Chong Wei, prospek utama negara untuk meraih pingat emas Olimpik acara badminton perseorangan menewaskan pemain nombor satu Singapura, 21-13, 21-14 dalam tempoh 38 minit.

Ronald Susilo yang pernah membuat kejutan dengan menewaskan Lin Dan dari China di Athens, empat tahun lalu, nyata bukan tandingan buat pemain perseorangan pertama negara itu yang menampilkan permainan bertenaga.

“Kaki saya agak sedikit kaku dan tangan saya keras pada set pertama kerana Ronald bermain laju. Tapi selepas mendahului, saya lebih tenang.

“Saya banyak menggunakan smash untuk menyerang Ronald,” katanya yang juga pilihan kedua di temasya ini, selepas Lin Dan.

Monday, August 4, 2008

KEMANAKAH HILANGNYA PEMAIN MUDA NEGARA

Salam semua,

"Kemanakah Hilangnya Pemain Muda Negara?" Persoalan ini cuba ingin dibincangkan pada blog kali ini. Kita dapat lihat dimana, skuad bola sepak bawah umur negara telah memberikan satu harapan kepada bola sepak negara. Ini telah dibuktikan dari dahulu lagi, yang mana skuad Bola Sepak bawah umur negara selalunya dapat memberi saingan kepada pasukan-pasukan asean mahupun antarabangsa sehingga membuka mata banyak pihak. Tetapi kemanakah mereka ini selepas tamat era persekolahan?

Bukankah mereka ini telah mengharumkan nama negara di arena antarabangsa. Kita dapat lihat apabila tamatnya era persekolahan, mereka ini seperti telah dibiar tanpa arah tuju sehingga pemain-pemain yang dahulunya sangat hebat telah terjerumus kekancah yang negatif seperti lumba Haram, najis Dadah dan sebagainya. Ada juga yang telah melanjutkan pelajaran keperingkat yang lebih tinggi. Semua ini, kita dapat lihat di semua negeri diMalaysia. Pada suatu masa dahulu, mereka telah ditempatkan di akademik bola sepak negeri masing-masing yang mana pemain-pemain ini diberi pelajaran serta latihan yang mencukupi bagi membantu pemain-pemain ini berjaya dimasa hadapan khususnya bidang bola sepak.

Oleh yang demikian, saya berpendapat bahawa Persatuan Bola Sepak Malaysia sepatutnya memberi perhatian terhadap isu pemain muda apabila wang yang telah dibelanjakan kepada semua akademik diseluruh negara boleh dikatakan membazir tanpa output yang diharapkan. Sehingga kita dapat melihat kesan dari kegagalan pengurusan pemain muda.

Sekian...



Skuad B-13 perlu singkir Indonesia untuk ke final

Daripada Alias Abd Rani di Danang, Vietnam
lias@hmetro.com.my

SKUAD negara perlu hadapi satu lagi halangan untuk mara ke final dengan menundukkan Indonesia pada pertemuan terakhir Kumpulan B selepas menang tipis 1-0 ke atas tuan rumah, Vietnam (Phu Yen) pada perlawanan pembukaan Kejohanan Bolasepak Bawah 13 Tahun Yamaha Piala Asean 2008 di Stadium Chi Lang, semalam.

Kemenangan itu sekali gus membuka langkah kanan buat skuad negara untuk merangkul kejuaraan edisi pertama namun jurulatih, Mohamed Razali Alias tetap mahu skuadnya tidak terlalu ghairah dengan kejayaan itu.

“Kami banyak peluang tapi tiada penyudahnya. Justeru, kami akan memanfaatkan tempoh yang ada untuk memperbaiki kelemahan kerana Indonesia bukan pasukan mudah untuk ditewaskan.

“Kita tidak tahu corak permainan Indonesia jadi, pada pertemuan hari ini kami mungkin akan menumpukan kepada aksi bertahan,” katanya.

Monday, July 28, 2008

Naikkan Martabat Bola Sepak

Salam semua...

Mengenai perlawanan Malaysia dengan Kelab Gergasi Inggeris Chelsea, Skuad Malaysia dan FAM sepatutnya menjadi pertemuan dengan Chelsea nanti sebagai kayu ukur sejauhmana profesionalnya Bola Sepak Negara berbanding pasukan Chelsea Dan bukannya mencari keuntungan dengan kehadiran pasukan kelab Inggeris itu.

Perkara paling penting pemain negara juga menjadikan pertemuan dengan pasukan chelsea itu sebagai medan peperangan yang mana pemain dapat mengukur sejauh mana tahap permainan bola sepak profesional kita dengan pasukan chelsea. Sekiranya pemain kita menyatakan mereka sudah profesional. Jadi persoalannya disini, adakah kita masih belum profesional? Sedangkan di Malaysia MSL telah menuju kearah profesional dan dimanakah profesional kita. Sepatutnya kita adalah sama dengan pasukan Chelsea dan bukannya menjulang pasukan Chelsea.

Dalam memertabatkan sukan nombor 1 ini juga, seluruh penyokong dari seluruh pelusuk iaitu rakyat negara Malaysia sepatutnya memberi sokongan dan kepercayaan kepada pemain negara. Janganlah hanya mengangkat pasukan lain seperti Chelsea sedangkan pasukan kita entah siapa yang akan sokong sekiranya bukan kita rakyat Malaysia. Bagi pandangan saya, Rakyat Malaysia masih menyanyangi Bola Sepak Negara walaupun apajua keputusan. Oleh yang demikian, harapan semua rakyat Malaysia kepada skuad negara janganlah dipersiakan.

Persatuan Bola Sepak Malaysia juga patut mencontohi program pembangunan Bola sepak negeri Kedah yang telah menunjukkan keputusan positif. Langkah-langkah serta program-program yang telah direncanakan oleh Allahyarham Datuk Ahmad Basri Bin Akil sepatutnya digunakan pakai oleh FAM. Dinegeri kedah sahaja program KENARI KIDS telah berjaya menonjolkan bakal pemain yang kini anggaran peserta didalam KENARI KIDS lebih kurang 1000 lebih.

Semoga pasukan negara kita dapat memberi saingan ataupun yang lebih manis mengalahkan pasukan gergasi Inggeris itu. Naikkan kembali martabat Bola Sepak Negara. InsyaAllah

~K_real~


KUALA LUMPUR - Jurulatih skuad bola sepak kebangsaan, B. Sathianathan mengingatkan anak-anak buahnya supaya tidak terlalu menghormati pemain Chelsea apabila turun beraksi pada perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam, malam esok....

Sunday, July 20, 2008

Kehilangan Permata Berharga


Negara telah kehilangan seorang ahli fikir Pembangunan Bola Sepak Negara yang telah banyak menyumbangkan tenaga serta buah fikiran dalam membangunkan bola sepak negeri Kedah khususnya serta negara secara Amnya. Beliau yang dimaksudkan ialah Allahyarham Datuk Ahmad Basri Akil, 68, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), dipercayai mengalami serangan jantung kira-kira 2.30 petang di Istana Anak Bukit pada 15 Julai 2008.

Beliau telah memulakan langkah pertama dengan membangun projek 2000 (Akademi bola sepak negeri) yang bermula di negeri kedah Darulaman pada hujuang tahun 1990an yang mana beliau sendiri telah turun padang keseluruh pelusuk negeri kedah untuk mencari pemain-pemain muda untuk diletakkan dibawah pengurusan dan pengawasan persatuan bola sepak Negeri kedah sebagai satu program pembangunan bola sepak negeri. Kita dapat lihat disini, dalam tempoh lebih kurang 10 tahun pemain-pemain yang dipilih pada awalnya hanyalah seorang budak kampung telah menjadi seorang pemain bola sepak negeri kedah yang telah mewakili negeri kedah pada peringkat umur bawah 12 tahun, 14 tahun, 16 tahun, 18 tahun sehinggalah mewakili negeri kedah dalam pertandingan piala Malaysia mahupun Malaysia. Program pembangunan ini telah membuka mata banyak pihak sehinggakan program akademi bola sepak telah ditubuhkan di seluruh negara.

Beliau juga seorang yang peramah serta senang untuk didampingi. Contohnya Pada tahun 1992, beliau adalah presiden bola sepak negeri Kedah tetapi komitmen yang diberikan oleh beliau amatlah luar biasa apabila beliau sempat meluangkan masa beliau bersama-sama pemain bawah umur 14 tahun yang sedang menjalani latihan bagi kejohanan Bola Sepak Milo bawah 14 tahun di Kelantan. Ini dapat dilihat oleh saya sendiri kerana saya adalah pemain bola sepak bawah 14 tahun negeri kedah pada waktu itu. Komitmen serta semangat yang ditunjukkan oleh beliau sedikit sebanyak memberi kekuatan, memberi semangat serta motivasi kepada kami sebagai pemain.

Oleh yang demikian, saya dapat simpulkan bahawa negara telah kehilangan permata yang cukup berharga dalam merencanakan agenda Bola Sepak Negara. semoga Allahyarham Datuk Ahmad Basri Akil akan ditempatkan dengan orang-orang yang beriman. InsyaAllah.

"JASAMU AKAN DIKENANG"


~BIAR JASA JADI KENANGAN~ K_real


Basri Akil meninggal dunia

15/07/2008 4:10pm

ALOR STAR 15 Julai – Bekas Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Ahmad Basri Akil, 68, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Star hari ini.

Beliau dipercayai mengalami serangan jantung kira-kira 2.30 petang di Istana Anak Bukit ketika mahu menghadiri majlis pelancaran setem kenang-kenangan sempena sambutan Jubli Emas Pemerintahan Sultan Kedah.

– Utusan.


Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Seruling dimain anak gembala,
melepaskan penat sesudah bekerja,
Ucapan terima kasih kepada semua,
Selamat Datang ke waristahta,

About Me

My photo
Setiap individu mempunyai kekuatan dan tenaga dalaman yang dapat membantu meningkatkan kecemerlangan dalam apa jua bidang yang diceburi. Telah disebut didalam Al-Quran seperti tafsiran dibawah: “(Balasan) yang demikian itu, ialah kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha mendengar, lagi Maha Mengetahui”. (Al-Anfaal, 8;53)