Monday, August 18, 2008

"Kekalahan Bermaruah"

Salam semua,

Kali ini paduka ingin memberi komen tentang kekalahan pelumba basikal negara di kejohanan Olimpik baru-baru ini boleh dikatakan kekalahan bermaruah apabila memberi saingan sengit kepada juara Dunia. Sepanjang kejohanan olimpik pelumba negara itu sentiasa memberikan yang terbaik bagi menaikkan nama negara. Mungkin disebabkan oleh faktor umur dan juga pengalaman membezakan kedua-dua pelumba. Tetapi apa yang dapat kita lihat ialah semangat juang dan disiplin yang tinggi ditunjukkan oleh pelumba ini sepanjang kejohanan sehingga mampu memberikan saingan kepada juara dunia sebelum tewas kepadanya.

Ini merupakan satu perkembangan sihat kemajuan sukan ditanah air yang mana negara kita mampu melahirkan jagoan seperti negara-negara lain. Ini telah dibuktikan oleh pelumba berbasikal nagara di Olimpik. Sehubungan dengan itu, negara kita perlu mempertingkatkan lagi latihan secara menyeluruh kepada semua atlit termasuklah mental, fizikal, pemakanan dan mendisiplinkan atlit negara. Bak kata pepatah melayu "Berpantang maut sebelum Ajal". Pihak pengurusan juga perlu telus dalam pemilihan atlit negara kerana masih terdapat acara sukan yang masih mengamalkan diskriminasi dalam pemilihan atlit.

Oleh yang demikian, perancangan yang teliti serta menilai setiap pencapaian akan memberi gambaran kemampuan atlit negara dimasa hadapan. Teruskan perjuangan menaikkan nama negara dimata Dunia.

Sekian, buat kali ini

K_real

Juara dunia sekat Azizulhasni




HARAPAN untuk melihat pelumba berbakat, Mohd. Azizulhasni Awang melakukan kejutan dalam acara berbasikal trek pecut 200 meter di sini, lebur apabila gagal melayakkan diri ke saingan separuh akhir dalam saingan sengit, semalam.

Azizulhasni yang menjadi satu-satunya wakil berbasikal negara yang tinggal gagal menyaingi pelumba Britain, Chris Hoy dalam saingan suku akhir walaupun dua kali mencuba.

Hoy, juara dunia yang baru bergelar juara Olimpik dalam acara keirin dan pecut berpasukan minggu lalu ternyata bukan lagi tandingan bagi anak muda itu yang sebenarnya disediakan untuk temasya Olimpik London 2012.

Pengurus pasukan, Abu Samah Abd. Wahab berkata, Azizulhasni telah berjaya menunjukkan semangat melawan yang tinggi dan dia kalah kepada pengalaman kepada Hoy dalam saingan, semalam.

''Dia (Azizulhasni) memberikan saingan paling hebat untuk menduduki tempat kelapan terbaik dunia," katanya yang menyifatkan pencapaian pasukan berbasikal trek negara di temasya Beijing merupakan permulaan baik untuk persediaan ke Olimpik London 2012.

Malaysia meraih tempat ketujuh dalam acara pecut berpasukan.

Sementara itu, Abu Samah memberitahu, skuad negara akan pulang ke tanah air selepas ini sebelum menyambung semula latihan di Melbourne, Australia bagi menghadapi Sukan Asia 2010 di Guongzou dan Sukan Komanwel pada tahun yang sama di New Delhi, India.

Katanya, sementara menanti kedua-dua temasya itu, para pelumba negara juga akan menyertai beberapa kejohanan lain termasuk Kejohanan Dunia.

- Utusan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Seruling dimain anak gembala,
melepaskan penat sesudah bekerja,
Ucapan terima kasih kepada semua,
Selamat Datang ke waristahta,

About Me

My photo
Setiap individu mempunyai kekuatan dan tenaga dalaman yang dapat membantu meningkatkan kecemerlangan dalam apa jua bidang yang diceburi. Telah disebut didalam Al-Quran seperti tafsiran dibawah: “(Balasan) yang demikian itu, ialah kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha mendengar, lagi Maha Mengetahui”. (Al-Anfaal, 8;53)