Tuesday, August 12, 2008

Harapan Emas di Tembok Besar China


Salam semua,

Pada kali ini, paduka ingin membicarakan tentang emas di Olimpik. Negara kita telah meletakkan harapan untuk mendapatkan emas melalui acara badminton. Sepatutnya negara kita patut mensasarkan emas melalui acara lain juga yang mana telah layak ke sukan Olimpik ini contohnya memanah, angkat berat dan lain acara. Ini kerana atlit kita juga bertaraf dunia juga kerana layak ke olimpik.

Mari kita lihat negara-negara lain seperti Jepun, Korea dan China selaku tuan rumah Sukan Olimpik. Bagaimana negara-negara ini boleh memberi saingan di Sukan Olimpik serta boleh menyumbangkan pingat emas kepada negara mereka. Negara-negara ini tidak mengharapkan satu atau dua sukan sahaja tetapi menyediakan kontinjen yang mampu menyumbangkan pingat emas kepada negara melalui perancangan dari segi mental, fizikal serta disiplin kepada atlit. Ia seolah-olah berperang untuk menaikkan martabat negara masing-masing. Bertanding mewakili negara ibarat membawa maruah negara.


Sepatutnya negara kita dapat melahirkan atlit bertaraf dunia serta dapat merangkul emas di kejohanan dunia seperti sukan olimpik kerana kemudahan sukan di Malaysia amatlah baik berbanding negara-negara lain. Mungkin pandangan paduka, negara kita perlu menkaji pemakanan atlit yang berjaya serta mengubah cara pemakanan atlit negara. Latihan serta pendedahan di luar serta menerapkan nilai disiplin yang tinggi kepada atlit. Akhir sekali, atlit itu sendiri perlu mempunyai keinginan dan sikap yang positif dalam menyumbangkan pingat emas kepada negara.

Sekian.

K_real



Chong Wei tidak hadapi masalah mara



LEE Chong Wei, prospek utama negara untuk meraih pingat emas Olimpik acara badminton perseorangan menewaskan pemain nombor satu Singapura, 21-13, 21-14 dalam tempoh 38 minit.

Ronald Susilo yang pernah membuat kejutan dengan menewaskan Lin Dan dari China di Athens, empat tahun lalu, nyata bukan tandingan buat pemain perseorangan pertama negara itu yang menampilkan permainan bertenaga.

“Kaki saya agak sedikit kaku dan tangan saya keras pada set pertama kerana Ronald bermain laju. Tapi selepas mendahului, saya lebih tenang.

“Saya banyak menggunakan smash untuk menyerang Ronald,” katanya yang juga pilihan kedua di temasya ini, selepas Lin Dan.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Seruling dimain anak gembala,
melepaskan penat sesudah bekerja,
Ucapan terima kasih kepada semua,
Selamat Datang ke waristahta,

About Me

My photo
Setiap individu mempunyai kekuatan dan tenaga dalaman yang dapat membantu meningkatkan kecemerlangan dalam apa jua bidang yang diceburi. Telah disebut didalam Al-Quran seperti tafsiran dibawah: “(Balasan) yang demikian itu, ialah kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha mendengar, lagi Maha Mengetahui”. (Al-Anfaal, 8;53)