Monday, July 28, 2008

Naikkan Martabat Bola Sepak

Salam semua...

Mengenai perlawanan Malaysia dengan Kelab Gergasi Inggeris Chelsea, Skuad Malaysia dan FAM sepatutnya menjadi pertemuan dengan Chelsea nanti sebagai kayu ukur sejauhmana profesionalnya Bola Sepak Negara berbanding pasukan Chelsea Dan bukannya mencari keuntungan dengan kehadiran pasukan kelab Inggeris itu.

Perkara paling penting pemain negara juga menjadikan pertemuan dengan pasukan chelsea itu sebagai medan peperangan yang mana pemain dapat mengukur sejauh mana tahap permainan bola sepak profesional kita dengan pasukan chelsea. Sekiranya pemain kita menyatakan mereka sudah profesional. Jadi persoalannya disini, adakah kita masih belum profesional? Sedangkan di Malaysia MSL telah menuju kearah profesional dan dimanakah profesional kita. Sepatutnya kita adalah sama dengan pasukan Chelsea dan bukannya menjulang pasukan Chelsea.

Dalam memertabatkan sukan nombor 1 ini juga, seluruh penyokong dari seluruh pelusuk iaitu rakyat negara Malaysia sepatutnya memberi sokongan dan kepercayaan kepada pemain negara. Janganlah hanya mengangkat pasukan lain seperti Chelsea sedangkan pasukan kita entah siapa yang akan sokong sekiranya bukan kita rakyat Malaysia. Bagi pandangan saya, Rakyat Malaysia masih menyanyangi Bola Sepak Negara walaupun apajua keputusan. Oleh yang demikian, harapan semua rakyat Malaysia kepada skuad negara janganlah dipersiakan.

Persatuan Bola Sepak Malaysia juga patut mencontohi program pembangunan Bola sepak negeri Kedah yang telah menunjukkan keputusan positif. Langkah-langkah serta program-program yang telah direncanakan oleh Allahyarham Datuk Ahmad Basri Bin Akil sepatutnya digunakan pakai oleh FAM. Dinegeri kedah sahaja program KENARI KIDS telah berjaya menonjolkan bakal pemain yang kini anggaran peserta didalam KENARI KIDS lebih kurang 1000 lebih.

Semoga pasukan negara kita dapat memberi saingan ataupun yang lebih manis mengalahkan pasukan gergasi Inggeris itu. Naikkan kembali martabat Bola Sepak Negara. InsyaAllah

~K_real~


KUALA LUMPUR - Jurulatih skuad bola sepak kebangsaan, B. Sathianathan mengingatkan anak-anak buahnya supaya tidak terlalu menghormati pemain Chelsea apabila turun beraksi pada perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam, malam esok....

2 comments:

EmBuN PaGi said...

Salam,
about football, embun pagi nak share lebih-lebih xboleh sebab embun pagi xminat sangat bola sepak ,(walaupun cuba untuk meminati,tetapi tetap x minat..huhuhu) pengetahuan embun pagi pun datang daripada pembacaan suratkhabar,berita kat tv,and satu lagi sport magazine, tetapi dalam pada embun pagi xminat bola sepak ni,embun pagi amat teruja bila kedatangan chelsea menjadi sebutan ramai.. so secara xlangsung embun pagi tau la sedikit sebanyak apa-apa yang patut diketahui.Tetapi, untuk makluman paduka dan kawan-kawan yang lain, ramai kawan-kawan enbun pagi mendapatkan tiket untuk menonton akan tetapi kebanyakannya pergi untuk menyokong chelsea...maka embun pagi keliru seketika,agak susah nampaknya untuk mengubah hati penggemar bola sepak ni terutama penyokong chelsea.walaupun keputusan perlawanan antara malaysia agak surprise la katakan.

just nak share je...

aiShaH said...

Ni la salah satu masalah di Malaysia.. Bila team luar datang mereka lebih rela menyokong pasukan luar? Apa sudah jadi sebenarnya? Mungkin peminat kecewa dgn persembahan hambar pemain Malaysia selama ini? banyak yg mungkin boleh dipersoalkan..

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Seruling dimain anak gembala,
melepaskan penat sesudah bekerja,
Ucapan terima kasih kepada semua,
Selamat Datang ke waristahta,

About Me

My photo
Setiap individu mempunyai kekuatan dan tenaga dalaman yang dapat membantu meningkatkan kecemerlangan dalam apa jua bidang yang diceburi. Telah disebut didalam Al-Quran seperti tafsiran dibawah: “(Balasan) yang demikian itu, ialah kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha mendengar, lagi Maha Mengetahui”. (Al-Anfaal, 8;53)