.jpg)
Pada tanggal 17hb April 2009 , Unit Sukan Dan Kokurikulum UniKL MSI dengan Kerjasama Seksyen Pengajian Umum telah m
engadakan satu Program "Perkhemahan Kokurikulum bagi pelajar Kokurikulum Modul 2 yang telah diadakan di Kem Rapid Fire Sg, Sedim Kulim dengan penglibatan kira-kira seramai 130 orang pelajar dari pelbagai kursus. Perkhemahan ini telah dijalankan selama 3 hari 2 malam serta diiringi oleh Koordinator Kokurikulum dan 4 orang Jurulatih serta krew-krew dari Rapid Fire.
.jpg)
.jpg)
Sepanjang 3 hari 2 malam pelajar-pelajar UniKL MSI telah diberi tugasan serta dilatih oleh semua fasilitator terlibat dari segi latihan menyelamat, water confidence, survivor, mini explorace dan pelbagai aktiviti menarik lain. Apa yang menarik pelajar-pelajar ini telah diajar untuk memasak makan tengahhari mereka mengunakan buluh. Dengan aktiviti seperti ini mereka perlu memberi kerjasama dan komitmen yang tinggi dalam tugasan yang diberikan. Dapat dilihat tahap disiplin pelajar juga amat baik dari mulanya perkhemahan ini sehinggalah ke hari akhir perkhemahan.
Dalam kesibukan pelajar-pelajar UniKL MSI ini dengan tugasan yang diberikan oleh fasilitator, mereka juga sempat untuk merasai pengalaman menaiki Rafting dan juga Tubing di Sg, Sedim, Kulim yang juga dinamakan sebagai tempat Arus Deras (Wild Water Rafting). Dimalam akhir perkhemahan kokurikulum ini, mereka menganjurkan malam kebudayaan yang mana semua kumpulan mengadakan persembaha masing-masing.
Semoga aktiviti begini akan menjadi satu tradisi bagi unit Sukan Kokurikulum dalam menerapkan sikap yang terpuji dikalangan pelajar UniKL MSI secara khususnya.
No comments:
Post a Comment