Sunday, June 7, 2009

Eksplorasi Taman Negara

Tanggal 3 Jun 2009 satu eksplorasi Taman Negara telah dianjurkan oleh Kelab Rekreasi Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute yang mana telah disertai oleh seramai 69 orang pelajar dari UniKL BMI dan UniKL MSI dan empat (4) orang pegawai.










Eksplorasi ini bermula pada 3 Jun 2009 apabila semua peserta telah memulakan perjalanan menaiki bas ke Jeti Kuala Tembeling, Jerantut, pahang kira-kira jam 11.30 malam dan tiba pada jam 3.30 pagi disebuah masjid di Jerantut. Semua peserta berkumpul sehingga subuh. Setelah selesai menunaikan Solat Subuh, semua peserta telah dibawa ke Pekan Jerantut untuk mengambil sarapan sebelum ke Kuala Tembeling.



Setelah tiba dikuala Tembeling, peserta telah dikumpulkan dan dipecahkan kepada kumpulan masing-masing. Sambil menunggu Bot untuk ke Taman Negara, pelbagai aktiviti telah dijalankan. Jam telah menunjukkan jam 11.00 pagi, bot untuk membawa peserta ke Taman Negara telah bersedia untuk bertolak. Semua peserta telah menaiki bot yang disediakan dan bersedia untuk memulakan perjalanan.


Perjalanan dari Jeti Kuala Tembeling ke Taman Negara telah mengambil masa lebih kurang tiga (3) jam. Sepanjang perjalanan semua peserta telah dihidangkan dengan pemandangan flora dan fauna yang memukau. Peserta juga telah berpeluang melihat aktiviti-aktiviti harian penduduk disitu terutamanya orang asli. Peserta juga dapat melihat beberapa kumpulan anak orang asli mandi-manda di kawasan sungai tesebut.

Setelah tiba di Taman Negara, peserta telah diberikan tangungjawab masing-masing, memasang khemah, memasak, dan lain-lain lagi. Kesempatan yang ada setelah selesai tugasan yang diberikan peserta mengambil peluang untuk menghilangkan penat dengan mandi di sungai. Disebelah malamnya pula, peserta telah dibawa menikmati keindahan flora dan fauna disekitar Taman Negara Night Walk.
Keesokkan hari, peserta telah mengikuti jungle tracking ke bukit terisik melihat pemandangan yang sangat indah, mengalami sendiri menaiki kenopi walkway yang telah dibina di taman negara. disebelah petang peserta telah mengada program khidmat masyarakat bersama orang kampung dan membersih masjid. Disebelah malam, peserta diminta untuk menganjurkan malam persembahan yang mana semua kumpulan dikehendaki membuat persembahan.

Hari terakhir peserta telah dibawa kekampung orang asli kaum Bateq. Peserta berpeluang mempelajari memasang api mengunakan bahan semulajadi dan berpeluang mempelajari sumpit. kemudian peserta dibawa melihat kehidupan sebenar orang asli disitu. Dalam perjalanan pulang peserta berkesempatan untuk bermain Rapid Shooting. Setelah sampai di Tapak Kem, peserta bersiap untukpulang ke Kampus UniKL BMI. Jam 3 Petang peserta telah bertolak pulang ke UniKL BMI.













No comments:

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Seruling dimain anak gembala,
melepaskan penat sesudah bekerja,
Ucapan terima kasih kepada semua,
Selamat Datang ke waristahta,

About Me

My photo
Setiap individu mempunyai kekuatan dan tenaga dalaman yang dapat membantu meningkatkan kecemerlangan dalam apa jua bidang yang diceburi. Telah disebut didalam Al-Quran seperti tafsiran dibawah: “(Balasan) yang demikian itu, ialah kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha mendengar, lagi Maha Mengetahui”. (Al-Anfaal, 8;53)