Saturday, February 28, 2009

Majlis Anugerah Sukan Siswa UniKL 2008


Majlis Anugerah Sukan Siswa telah diadakan pada 20 Januari 2009 yang lalu bertempat di Dewan Besar Universiti Kuala Lumpur British Malaysia Institute, Gombak, Selangor. Majlis anugerah ini telah bermula pada jam 8.30 malam dan dihadiri oleh wakil setiap kampus dan calon-calon anugerah yang telah dipertandingkan pada malam tersebut. Dato' Rais Bin Zainuddin Pengerusi Majlis Universiti Kuala Lumpur juga turut hadir memeriahkan majlis tersebut sambil diiringi oleh Presiden dan Pegawai Eksekutif Universiti Kuala Lumpur, Prof Dato' Dr. Abdul Hakim Bin Juri.

Beberapa anugerah telah dipertandingkan pada malam tersebut dan pemenang - pemenang anugerah telah dicalonkan oleh kampus masing-masing melalui penglibatan pelajar-pelajar yang aktif dalam bidang Sukan mahupun Keusahawanan. Hadiah-hadiah kepada para pemenang anugerah telah disampaikan oleh Presiden Universiti Kuala Lumpur, Prof Dato' Dr. Abdul Hakim Bin Juri dan Pengerusi Majlis Universiti Kuala Lumpur, Dato' Rais Bin Zainuddin. Dalam Majlis Anugerah Sukan Siswa UniKL MSI seorang pelajar UniKL MSI telah terpilih untuk memenangi Anugerah Olahragawan UniKL tahun 2008 apabila berjaya meraih pingat emas dan yang lain-lain dalam kejohanan dalam negara mahupun luar negara termasuklah Asian University Games. Beliau adalah Mohd Hisyam Bin Adha pelajar dalam jurusan Electromechanical Installation and Maintainance (EIM). selain daripada Mohd Hisyam Adha, Unit Sukan Dan Kokurikulum telah menamakan pasukan Taekwondo UniKL MSI bagi calon anugerah Pasukan Sukan Terbaik UniKL dan Mohd Faiz Bin Zabri bagi calon Anugerah Atlit Harapan.

Sehubungan dengan itu, pada tahun 2009 UniKL MSI cuba mensasarkan kesemua anugerah yang dipertandingkan mestilah ada calon dari UniKL MSI. Sekian.....

No comments:

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Seruling dimain anak gembala,
melepaskan penat sesudah bekerja,
Ucapan terima kasih kepada semua,
Selamat Datang ke waristahta,

About Me

My photo
Setiap individu mempunyai kekuatan dan tenaga dalaman yang dapat membantu meningkatkan kecemerlangan dalam apa jua bidang yang diceburi. Telah disebut didalam Al-Quran seperti tafsiran dibawah: “(Balasan) yang demikian itu, ialah kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha mendengar, lagi Maha Mengetahui”. (Al-Anfaal, 8;53)