
Salam semua..
Kali ini paduka ingin berbicara tentang Kejohanan Futsal di UniKL BMI. Paduka membawa pasukan UniKL MSI ke kejohanan tersebut dan berjaya sehingga peringkat separuh akhir sahaja. lagipun pasukan Futsal yang paduka bawa tidak sempat untuk mengadakan latihan secukupnya. tetapi paduka bersyukur kerana pasukan yang hanya 2 minggu dibnentuk mampu melangkah sejauh itu. Sekira pasukan paduka ini membuat persiapan awal maka paduka rasa pasukan UniKL MSi mampu melangkah ke Perlawanan akhir.
Bukan apa yang diceritakan diatas persoalan paduka tetapi permasalahan mental pemain apabila menyertai kejohanan seumpama ini menjadi persoalan paduka. Ramai dari pemain yang menyertai kejohanan inimempunyai bakat ataupu kemahiran yang baik tetapi ketahanan mental yang menjadi kayu ukur sejauh mana pemain mampu pergi. Aksi yang tidak diundang semasa perlawanan selalunya terjadi apabila pemikiran tidak mengawal emosi. Apabila emosi tidak dikawal maka mulalah perdebatan, apabila satu pihak tidak tahan maka pergaduhan berlaku. permainan yang dikatakan menghiburkan telah hilang yang muncul adalah persengketaan antara dua pasukan. Paduka telah membawa pasukan kekejohanan diluar mahupun dalam tetapi perkara yang perlu diambil berat adalah persediaan mental pemain. Sekiranya mental pemain tidak dikawal maka keputusan boleh bertukar dari menang kepada kalah.
Oleh yang demikian, marilah kita fikirkan apakah kita perlu tewas apabila emosi atau mental didapat dikawal.
No comments:
Post a Comment