
Pada 14 hingga 15 Febuari 2009 telah diadakan satu program " team Building" kepada pelajar-pelajar Kolej MARA Kuala Nerang yang sedang menuntut di Universiti Kuala Lumpur Malaysian Spanish Institute, Kulim. Team Building tersebut telah diadakan di Sg. Sedim, Kulim, Kedah.
.jpg)
Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang 2 hari 1 malam disana. Yang menariknya program tersebut di ketuai oleh pelajar UiTM Shah Alam, Selangor yang sedang menjalani latihan praktikal dibawah Unit Sukan Dan Kokurikulum, Jabatan Hal Ehwal Mahasiswa, UniKL Malaysian Spanish Institute.
.jpg)
pelbagai aktiviti yang mencabar ketahanan fizikal dan mental pelajar-pelajar KMKN ini telah dijalankan dalam menyediakan pelajar-pelajar KMKN ini sebelum bertolak ke Luar Negara. Program ini juga telah merangkumi kehendak UniKL sendiri apabila elemen TOWERING PERSONALITY telah diterapakam dalam program ini. Program ini juga telah mendapat sokongan dari pihak pengurusan UniKL Malaysian Spanish Institute.
.jpg)
Unit Sukan dan Kokurikulum juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada Prof Madya Dr. Rusli Bin Othman Dekan UniKL MSI, En Mohd Azlan Ismail Eksekutif Kanan JHEMs, dan semua yang terlibat dalam menjayakan program tersebut.
No comments:
Post a Comment