Tuesday, February 24, 2009

Survey XPDC Kayak di Yan, Kedah


Hari ini 24 Febuari 2009, Unit Pembangunan Dan Aktiviti Mahasiswa telah mengadakan satu tinjauan ke tempat Ekspedisi Kayak yang dirancangkan pada 13 hingga 15 Mac 2009 di Yan. Pasukan tinjauan ini telah diketuai oleh Pelajar Praktikal UiTM, saudara Mohd Afiq dan krew berserta dua orang pegawai dari Jabatan Hal Ehwal Mahasiswa UniKL MSI.

Pertama sekali, pasukan tinjauan dari Jabatan Hal Ehwal Mahasiswa UniKL MSI telah meninjau dikawasan Singkir Laut yang mana kawasan transit pertama peserta kayak sebelum berkayak ke Pulau Bidan. Di Singkir Laut, pasukan tinjauan telah bertemu dengan pegawai Jabatan Saliran yang bertugas disitu, En Ani. Setelah berbincang dengan En. Ani, pasukan tinjauan telah ke pengkalan Sg. Udang di Yan untuk bertemu dengan seorang nelayan yang telah dihubungi oleh saudara Afiq bagi membuat tinjauan di Pulau Bidan.

Tinjauan di Pulau Bidan, Yan diteruskan dengan mengunakan Bot. Perjalanan selama 30 Minit dari pengkalan Sg. Udang. sepanjang perjalanan ke Pulau Bidan, kami dapat melihat ikan lumba-lumba bermain disekitar pulau tersebut dan ikan-ikan melompat-lompat disebelah bot. Kejernihan air pantai dipulau Bidan jelas kelihatan apabila pasukan tinjauan tiba disana.

Pulau tersebut dijaga oleh Tentera Udara Malaysia yang berpengkalan di Sg. Nyior Butterworth, Pulau pinang. Pasukan tinjauan telah berbincang dengan pihak TUDM di Pulau Bidan berkaitan tujuan sebenar pasukan tinjauan UniKL MSI. Setelah berbincang dengan pihak TUDM, pihak tinjauan terus meninjau Pulau Song song yang mana dijaga oleh pihak TUDM juga. setelah tamat tinjauan semua tempat kami terus pulang ke pengkalan Sg. Udang. Sampai di pengkalan Sg. Udang pihak tinjauan terus bernincang dengan pihak perikanan di Yan. setelah selesai semua pasukan tinjauan terus pulang ke kampus.

sedikit gambar-gambar survey

No comments:

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Seruling dimain anak gembala,
melepaskan penat sesudah bekerja,
Ucapan terima kasih kepada semua,
Selamat Datang ke waristahta,

About Me

My photo
Setiap individu mempunyai kekuatan dan tenaga dalaman yang dapat membantu meningkatkan kecemerlangan dalam apa jua bidang yang diceburi. Telah disebut didalam Al-Quran seperti tafsiran dibawah: “(Balasan) yang demikian itu, ialah kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha mendengar, lagi Maha Mengetahui”. (Al-Anfaal, 8;53)